Very Able Volunteers (VAV) merupakan jenama kepada unit sukarelawan MAYC. Diiltizamkan oleh YBhga Tuan Mohd Hasri Bin Mohd Haidzir, Presiden MAYC Kebangsaan yang ke-7, tujuannya adalah untuk memberi kesegaran penjenaam kepada sukarelawan khususnya kepada sukarelawan MAYC seluruh Malaysia.

Bersesuaian dengan nama Very Able Volunteers ini, tujuan diwujudkan unit ini adalah untuk menggerakkan belia dan ahli MAYC itu dibawah satu jenama yang mudah diingati dan menjadi sebutan. Selain itu, bersesuaian dengan khidmat kerja sukarela yang sentiasa MAYC tawarkan kepada masyarakat pelbagai peringkat, melahirkan dan memupuk semangat kerja sukarelawan dalam pelbagai aspek adalah menjadi keutamaan. Bukan hanya kerja-kerja berkonsepkan gotong-royong, bahkan pelbagai aspek difokuskan dengan tujuan memberi kesegaran kepada kerja-kerja kesukarelaan MAYC itu sendiri.

Oleh atas sebab itu, walaupun gerakerja VAV ini telah berlaku hampir 8 tahun, namun MAYC Negeri Selangor mengambil langkah setapak kehadapan dengan mewujudkan penyegaran kepada skuad VAV ini dengan mewujudkan logo VAV Selangor.

Logo oleh MAYC Kawasan Selayang yang dipengerusikan oleh Saudara Kamarul Ariffin ini memberi gambaran kepada kesediaan dan kesanggupan VAV MAYC Selangor untuk sentiasa berkhidmat kepada masyarakat. Sukarelawan VAV MAYC Selangor akan menfokuskan kerja-kerja kesukarelaan melingkupi aspek seperti yang telah ditetapkan oleh MAYC Kebangsaan yang mana fokus aktviti dan program VAV mestilah membawa jenama MAYCare – Ilmu Ihsan Inspirasi.