Di selangor, bagi memastikan kesinambungan dan kelangsungan Program MAYCare itu, dengan hahstag #jombuatbaik maka Mayc selangor telah memfokuskan pergerakan kepada beberapa komponen utama:-

3 komponen utama di dalam #jombuatbaik MAYCare adalah seperti berikut:

#jombuatbaik
MAYC CARE – HOME
– Program khidmat bakti Rumah ke Rumah
1) membantu memperbaiki rumah insan kurang berkemampuan seperti Asnaf Dan Anak² Yatim
2) membantu mendapatkan rumah melalui bantuan agensi² kerajaan kepada golongan kurang berkemampuan.
3) menyediakan kelengkapan asasi seperti air dan elektrik (projek solar dan telaga air) bagi masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai bekalan tersebut.

#jombuatbaik
MAYC CARE – DONATION
– Program pengumpulan Dana bagi tujuan bantuan dan pembiayaan komuniti
1) Derma serta sumbangan masyarakat akan digunakan bagi disalurkan kepada orang kurang berkemampuan
2) Dana yang diperolehi turut digunakan bagi membiayai program-program kemasyarakatan untuk tujuan pembelian ubat-ubatan dan membantu Keluarga Yang ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran Dan kemalangan

#jombuatbaik
MAYC CARE – EDUCATION
– Program pendidikan untuk membantu pelajar² sekolah disetiap lapisan.
1) Menyediakan kelas tambahan bagi pelajar² menghadapi peperiksaan
2) melatih anak² muda dalam pelbagai program kepimpinan Dan jatidiri
3) menyediakan peralatan pembelajaran kepada golongan kurang berkemampuan