Sejarah MAYC Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia yang lebih dikenali dengan nama singkatannya MAYC (Malaysian Association Of Youth Clubs) ditubuhkan pada tahun 1954 yang pada peringkat awal penubuhannya dinamakan Persatuan Pemuda Pemudi Malaya.Tujuan asal penubuhan MAYC pada zaman itu ialah untuk menyatukan belia-belia didalam negara agar tenaga mereka dapat digunakan dalam kegiatan berbentuk pelajaran sivik, bersukan, rekreasi dan kesenian.